Pada hari ini, kita telah melihat tiga bank digital beroperasi di Malaysia, dan berbaki dua lagi yang telah menerima lesen yang masih belum memulakan operasi. Menyentuh mengenainya, konsortium yang disertai oleh Sea Ltd dan juga YTL Digital Capital Sdn Bhd, menekankan yang mana mereka akan memperkenalkan bank digital mereka menjelang penghujung tahun 2024 ini.
Konsortium ini disertai oleh syarikat induk Shopee, iaitu Sea selain YTL yang mempunyai pelbagai perniagaan dibawah syarikat induk mereka, termasuk salah satunya adalah penawaran perkhidmatan telekomunikasi Yes. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang diberikan.
Pada hari ini, antara bank digital yang telah beroperasi adalah GXBank, AEON Bank, dan juga Boost Bank. Selain SEA-YTL, satu lagi konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank masih belum melancarkan perkhidmatan mereka.



