Yusof Hafizi kekal kompetitif di pentas dunia

31 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yusof Hafizi kekal kompetitif di pentas dunia

PETALING JAYA: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelumba para berbasikal terbaik negara apabila sekali lagi menaiki podium Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2026 dengan meraih pingat perak acara ujian masa 1,000 meter lelaki C1.

Pelumba kelahiran Kuala Kangsar itu merekodkan masa satu minit 13.300 saat (s) untuk menduduki tempat kedua, hanya dibezakan 0.114s dengan pemenang emas dari China, Liang Weicong yang mencatat 1:13.186s.

Yusof Hafizi memulakan perlumbaan di Apeldoorn, kelmarin, dengan catatan 22.402s bagi 250 meter pertama sebelum melepasi jarak 500 meter dalam masa 38.835s.

Beliau kemudian merekodkan 55.661s pada 750 meter untuk mengekalkan persaingan rapat dengan Liang sehingga tamat perlumbaan.

Pelumba Sepanyol, Ten Argiles Ricardo, melengkapkan podium selepas meraih gangsa dengan catatan 1:15.092s.

Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan Yusof Hafizi mengulangi pencapaian tahun lalu apabila turut memenangi pingat perak dalam acara sama pada edisi 2025 di Rio de Janeiro.

Malaysia turut menambah satu lagi koleksi pingat menerusi Nuraini Muhamad Shukri yang meraih gangsa dalam acara pecut wanita C1.

Nuraini menamatkan saingan di belakang Qian Wangwei dari China yang membawa pulang emas, manakala pelumba Australia, Tahlia Clayton, meraih perak.

Pelumba negara itu mencatat perbezaan masa 2.581 saat berbanding pemenang untuk memastikan Malaysia membawa pulang dua pingat menerusi acara tersebut. – UTUSAN

The post Yusof Hafizi kekal kompetitif di pentas dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved