Yusuf Azmi mohon maaf atas salah faham, WWC mansuh kategori junior

8 Nov 2025 • 8:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengasas Warzone World Championship (WWC), Yusuf Azmi mohon maaf kepada masyarakat Malaysia, para peserta, dan semua pihak yang terkesan akibat salah faham berhubung penganjuran kejohanan itu.

image is not available

Yusuf Azmi mohon maaf, patuh dengan larangan KBS

Menerusi sidang media yang diadakan, Yusuf telah mengumumkan pemansuhan kategori junior, selaras dengan pekeliling baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melarang penyertaan atlet bawah 15 tahun dalam acara sukan tempur.

“Kami ingin menegaskan bahawa Warzone World Championship menolak sebarang bentuk eksploitasi atau pendedahan berlebihan terhadap kanak-kanak dalam aktiviti berisiko,” katanya.

image is not available

 

Yusuf Azmi mohon maaf, sedia beri kerjasama

Beliau menambah, penganjur komited mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) serta garis panduan pihak berkuasa, termasuk mengadakan perbincangan bersama agensi keselamatan dan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk tujuan pendaftaran dan pematuhan.

“Kami juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkaitan dan agensi keselamatan tempatan untuk memastikan setiap aspek acara ini mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.
Kami komited memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, termasuk sekiranya ada keperluan untuk audit atau semakan lanjut,” jelasnya.

image is not available

Artikel lain: Yusuf Azmi mohon maaf insiden WWC babit peserta bawah umur – “Hanya gimik yang dirancang..”

Yusuf turut mengakui terdapat kekurangan dalam komunikasi dan promosi awal yang menimbulkan persepsi negatif seolah-olah WWC adalah bentuk perlawanan ganas atau tidak beretika.

Langkah pemansuhan kategori junior ini menegaskan usaha WWC untuk memastikan acara lebih selamat, profesional, dan mematuhi undang-undang serta garis panduan sukan tempatan.

Sumber: TikTok wwc.championship