Peniaga jual bingkai ayat al-Quran tidak betul didenda RM3,000

14 Aug 2026 • 12:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peniaga jual bingkai ayat al-Quran tidak betul didenda RM3,000

SEREMBAN – Peniaga barang perhiasan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjual bingkai perhiasan tulisan ayat al-Quran yang tidak mengikut kaedah betul, dua tahun lalu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Sajad Rahmat, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama empat bulan, sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dalam kawalannya bagi maksud perjualan sebanyak 17 bingkai ayat al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan Lembaga berkenaan dengan ayat al-Quran yang terkandung di dalam bahan al-Quran.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi di sebuah premis beralamat di Jalan Nilai 3/11, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai pada 27 Mac 2024.

The post Peniaga jual bingkai ayat al-Quran tidak betul didenda RM3,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved