Bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson, Zainol, tampil memberi respons terhadap pujian seorang pengguna media sosial terhadap sikap anaknya yang memilih untuk tidak membalas atau melatah susulan pelbagai perkara berkaitan keluarga yang didedahkan ibunya, Maslinda Yusoff.
Menurut Zainol, dia sendiri mengambil pendekatan berdiam diri selepas dinasihati Zahirah dan menantunya, Aiman Hakim Ridza supaya tidak mengulas secara terbuka mengenai kemelut keluarga.
AdvertisementView this post on Instagram
“Saya pun tidak bersuara, buat bodoh je dengan maknya (janda saya). Biar maknya meroyan. Ayah mana yang tak sayang anak.”
Zainol turut meluahkan rasa bangga terhadap Zahirah yang menasihatinya supaya tidak membalas sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
“Turut bangga dengan sikap anak saya yang telah menasihati saya tempoh hari agak tidak ‘menyalak’ kembali dan lantas saya mendengar cakap anak serta menantu.”
Dalam pada itu, Zainol memuji kematangan Zahirah dan Aiman dalam menghadapi situasi berkenaan.
“Bijak sekali sikap kakak (Zahirah) dan Aiman. Syabas untuk anda berdua. Jauhkan orang-orang yang toksik. Allah lebih Maha Mengetahui yang sebenar.”
View this post on Instagram
Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons terhadap komen seorang pengguna media sosial yang memuji pendirian Zahirah kerana memilih untuk kekal tenang dan tidak membalas kenyataan ibunya.
“Artis tiada kontroversi. Mak dia bunyi macam-macam pun dia diam sahaja. Tahu-tahu dah pakai tudung.”
Perkongsian berkenaan sekali lagi menarik perhatian warganet, khususnya mengenai cara Zahirah dan Aiman memilih untuk tidak memanjangkan isu keluarga secara terbuka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kael Sah Bergelar Saudara Baharu, Selamat Lafaz Dua Kalimah Syahadah
The post “Zahirah Nasihat Saya Jangan ‘Menyalak’ Balik, Buat Bodoh Saja Dengan Janda Saya” – Zainol MacWilson first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






