Zetrix AI berdepan potensi pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion selepas Wong Thean Soon hilang status pemegang saham terbesar

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 9:19 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Zetrix AI berdepan potensi pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion selepas Wong Thean Soon hilang status pemegang saham terbesar Image from: Zetrix AI berdepan potensi pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion selepas Wong Thean Soon hilang status pemegang saham terbesar johardy16/10/2026 - 09:19 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 Okt - Zetrix AI Berhad berdepan potensi pelanggaran syarat di bawah program Sukuk Wakalah bernilai nominal sehingga RM2 bilion selepas penjualan paksa saham oleh bank menyebabkan Wong Thean Soon tidak lagi menjadi pemegang saham terbesar syarikat itu.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, gabungan pegangan saham langsung dan tidak langsung Wong menyusut dengan ketara kepada 1.895% setakat 15 Oktober 2026, iaitu tarikh syarikat menerima notis mengenai perubahan tersebut.

 

Dalam pengumuman berasingan kepada Bursa Malaysia, Zetrix AI memaklumkan bahawa Wong telah melupuskan sebanyak 355,301,467 saham biasa, menyebabkan beliau tidak lagi menjadi pemegang saham utama syarikat berkuat kuasa 12 Oktober 2026.

 

Notis pelupusan saham yang melibatkan kepentingan langsung dan tidak langsung Wong itu bertarikh 15 Oktober 2026 dan diterima syarikat pada hari yang sama.

 

Pengurangan pegangan itu berlaku susulan penjualan paksa saham oleh bank sehingga menyebabkan Wong kehilangan kedudukannya sebagai pemegang saham terbesar Zetrix AI.

 

Syarat Sukuk Wakalah

Di bawah syarat program Sukuk Wakalah berkenaan, Wong diwajibkan mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang saham terbesar syarikat, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Susulan perkembangan itu, Zetrix AI dianggap berdepan potensi pelanggaran syarat perjanjian program sukuk tersebut.

 

Tempoh tujuh hari untuk memulihkan pematuhan

 

Zetrix AI berkata, syarat program Sukuk Wakalah menetapkan bahawa syarikat perlu memulihkan pematuhan dalam tempoh tujuh hari selepas mengetahui kegagalan memenuhi syarat berkenaan.

 

Sehubungan itu, syarikat perlu menyelesaikan perkara tersebut selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2026.

 

Sekiranya gagal berbuat demikian, persetujuan dan arahan pemegang sukuk akan dimohon melalui resolusi luar biasa pemegang sukuk.

 

Zetrix AI berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pemegang amanah sukuk berhubung perkara itu dan akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved