Zinc Oxide tumpah sepanjang 30 meter di SKVE

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 11:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Zinc Oxide tumpah sepanjang 30 meter di SKVE

KUALA LANGAT – Sejumlah bahan kimia jenis Zinc Oxide dari sebuah lori tumpah sepanjang kira-kira 30 meter di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sebelum mengalir masuk ke dalam parit, pagi tadi.

Situasi itu memaksa anggota bomba bertindak pantas melakukan sekatan bagi mengelakkan bahan kimia berkenaan terus mengalir dan merebak ke kawasan sekitar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.07 pagi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan lori yang membawa 120 tong bahan kimia Zinc Oxide.

“Pemandu memaklumkan ketika mengambil selekoh, penghadang kunci terbuka dan tong yang membawa acid terjatuh dan pecah di jalan raya.

“Setiap tong seberat 200 kilogram dan mengandungi Zinc Oxide 50 peratus,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan
bahan kimia berkenaan tumpah sepanjang kira-kira 30 meter di atas lebuh raya sebelum mengalir ke dalam parit di bawah lebuh raya.

Tambahnya, anggota kemudian membuat tindakan membendung dan menyekat sisa bahan kimia yang mengalir dalam parit supaya tidak terus merebak.

“Pasukan khas Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Shah Alam telah bergerak ke lokasi untuk mengendalikan tumpahan bahan kimia tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Zinc Oxide tumpah sepanjang 30 meter di SKVE appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved