Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Tak Lagi Follow Di Instagram

EntertainmentLifestyle
11 Jul 2025 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Pasangan selebriti popular, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin kini jadi perhatian netizen apabila dilaporkan sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Perkara ini menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya tentang status rumah tangga mereka.

Zizi Kirana selalu kongsi status sedih di media sosial…

image is not available

Zizi kebelakangan ini dilihat kerap berkongsi ayat-ayat yang penuh makna dan seolah-olah menggambarkan perasaan sedih atau kecewa di platform Threads.

Salah satu hantaran yang menarik perhatian ramai adalah ketika sambutan Awal Muharram baru-baru ini.

Aku belajar tak menutup pintu sepenuhnya, tapi juga tak membukanya untuk semua. Ada hal-hal yang cukup disentuh daripada kejauhan.

Netizen menganggap hantaran tersebut seolah-olah menggambarkan dirinya sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadi.

image is not available

Zizi pindah rumah tapi Yusuf diam di media sosial…

Apa yang lebih menguatkan spekulasi adalah apabila Zizi turut memaklumkan yang dia telah berpindah ke rumah baharu. Dia turut berkongsi suasana tenang dan sunyi di kediaman tersebut.

Sementara itu, Yusuf Bahrin pula kelihatan lebih selesa memuat naik kandungan berkaitan kerja di Instagram dan tidak berkongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadi.

Namun begitu, gambar-gambar bersama Zizi masih belum dipadam, dengan hantaran terakhir pasangan ini adalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

image is not available

Pssttt! Bila pasangan selebriti yang kita kagumi mula menunjukkan tanda-tanda masalah, kita sebagai peminat sebaiknya elakkan membuat spekulasi berlebihan. Rumah tangga adalah sesuatu yang sangat peribadi dan tidak semua perkara perlu dijelaskan kepada umum. Kalau betul mereka sedang diuji, doakan yang baik-baik je untuk Zizi dan Yusuf.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.