
Zohran Kongsi Suasana Aidiladha Di New York, Sekali Baju Arsenal Pula Jadi Tumpuan
Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan besar yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini bukan sahaja sinonim dengan ibadah korban, malah membawa pengertian yang mendalam tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang disambut semalam, rata-rata umat Islam tidak melepaskan peluang untuk menyambutnya dengan cara masing-masing.
Selain dari melaksanakan ibadah korban, orang ramai turut menggunakan waktu ini untuk menziarahi sanak-saudara, sahabat dan juga jiran tetangga.
Zohran kongsi ucapan hari raya
Semalam, perkongsian Datuk Bandar New York, Zohran Kwame Mamdani turut mencuri tumpuan ramai apabila beliau dilihat menyantuni komuniti Islam dan turut sama menunaikan solat Aidiladha.
"Hari ini ketika kita memperingati Nabi Ibrahim, Aidiladha mengingatkan kita bahawa pengorbanan bukanlah satu beban.
"Ia adalah peluang untuk melihat diri kita sebagai sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar, serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang paling memerlukan," tulis beliau.

Beliau turut berbesar hati menjadi Datuk Bandar Muslim pertama di New York dan bertekad untuk memimpin melalui semangat solidariti.
"Bersama-sama, kita berusaha memastikan setiap warga New York mampu mendapatkan keperluan seperti barangan dapur, perumahan dan penjagaan kanak-kanak," ujar beliau.
Macam-Macam Rupa, Kenali 4 Jenis Bahagian Perut Lembu
Lelaki Jerman Kagum Dengan Malaysia, Tak Sangka Urusan Ini Selesai Dalam 2 Jam
Kurta Arsenal Zohran jadi tumpuan
Dalam perkongsian tersebut juga, beliau turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan suasana sambutan Aidiladha iti.
Namun, pakaian yang digayakannya mencuri tumpuan ramai, terutamanya bagi peminat bola sepak.

Dalam kiriman tersebut, beliau telah mengenakan kurta bertemakan kelab bola sepak Arsenal.

Reaksi Netizen
Perkara ini juga telah menerima pelbagai reaksi oleh netizen di pelbagai platform media sosial
"Pengorbanan apa yang lebih besar dari mulakan hari raya dengan pakai baju Arsenal" komen warga maya.
"Macam mana saya boleh dapatkan jubah jersey ni? Kena tag Arsenal juga la," tulis seorang lagi.
"Selamat hari raya. Datuk patutnya tag Kelab Bola Sepak Arsenal," ujar seorang lagi.








