Zul Ariffin makin rosak! Teruja berlatih menari TikTok dengan topi senget di kepala

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 6:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak sibuk mempromosikan filem Don Dukun yang sedang rancak di pawagam, aktor hebat, Zul Ariffin makin rosak apabila tular beberapa video gelagat lucunya yang berjaya dirakam.

Terbaru, menerusi hantaran yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai mahyuzulkafli, dapat dilihat yang Zul Ariffin sedang teruja berlatih menari TikTok dengan menggayakan topi senget di kepala.

Zul Ariffin makin rosak, sakan menari TikTok pula

Menerusi video tersebut, Zul dan Ropie serta beberapa individu lain yang memakain T-Shirt tertulis Don Dukun sedang berlatih untuk melakukan gerakan mengikut muzik TikTok berkemungkinan sebagai konten mempromosikan filem lakonannya.

image is not available

Zul Ariffin makin rosak, nampak seronok menari2 gitu

Pelakon berkenaan nampak seperti sangat menikmati momen tersebut apabila tidak henti ketawa dan tersenyum sewaktu sedang melakukan gerakan tarian berkenaan.

image is not available

Dulu macho sekarang pelawak

Susulan daripada perkongsian terbabit, netizen di media sosial menyatakan bahawa aktor macho berkenaan semakin ‘rosak’ memandangkan sebelum ini dia lebih dikenali sebagai pelakon yang sangat maskulin.

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang pemilik nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 37, ini semakin kelakar disebabkan banyak bergaul dengan pelawak terkenal, Ropie sehingga dia turut sama ‘masuk air’.

image is not available

Duduk dengan Ropie memang ‘rosak’ la dia

image is not available

Dulu dia punyalah malu nak buat semua ni

image is not available

image is not available

Yang dah tengok Don Dukun mesti tahu lawak dia macam mana

image is not available

Apa-apa pun, filem Don Dukun lakonan mereka sememangnya satu filem yang wajib ditonton seisi keluarga kerana sangat menghiburkan dengan plot cerita yang tidak begitu rumit.

Pastinya penonton akan terhibur melihat sisi lakonan berbeza Zul Ariffin dari kebiasaannya.

Sumber: TikTok mahyuzulkafli