Zulin Aziz Tampil Nasihat Kieda Crepe, Ajak ‘Healing’ Dari Media Sosial – “Rehatlah Dulu Dik..”

EntertainmentLifestyle
26 Jun 2025 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz menasihati usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe agar mengambil masa untuk berehat seketika daripada media sosial susulan pelbagai kontroversi yang sedang melandanya.

Dalam satu hantaran di Threads, Zulin menyarankan agar Kieda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini kerana bimbang ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

image is not available

Rehatlah dik. Rehat dulu dari media sosial.

Dalam keadaan sekarang, lagi kita cakap lagi banyak salah yang akan keluar. Kita tak selalunya betul.

Dalam pada itu, Zulin turut berkata setiap individu diberi peluang untuk memperbaiki keadaan kerana tiada insan yang sempurna di dunia ini.

Tapi kita ada peluang untuk betulkan keadaan. Kita bukan sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik dari sebelumnya.

 

Ikhlas dari hati untuk Kieda. Pergi lah healing mana-mana.

 

View on Threads

 

Terdahulu, nama Kieda menjadi buah mulut orang ramai selepas dia mendedahkan dirinya dijangkiti virus herpes.

image is not available 3 hours ago

Kieda Crepe Mohon Maaf, Akan Berusaha Jadi Lebih Baik - "Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina"