1,476 pelarian Myanmar tandatangan dokumen pulang secara sukarela

2 Sep 2026 • 4:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 1,476 pelarian Myanmar tandatangan dokumen pulang secara sukarela

PUTRAJAYA- Seramai 1,476 pelarian Myanmar yang akan dihantar pulang ke negara asal telah menandatangani satu dokumen yang menyatakan persetujuan mereka untuk kembali secara sukarela.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 5,000 senarai yang telah disaring oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan lebih 10,000 pelarian Myanmar yang berada dalam depoh tahanan Jabatan Imigresen.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) ada memaklumkan tadi bahawa 1,476 pelarian Myanmar yang dimaksudkan telah menandatangani satu dokumen yang memaklumkan bahawa mereka dengan sukarela ingin kembali ke Myanmar.

“Lebih 10,000 pelarian Myanmar berada dalam tahanan depoh imigresen, 5,000 nama telah disaring oleh pihak KDN dan seterusnya 5,000 nama ini telah dipanjangkan kepada Kedutaan Myanmar.

“Daripada senarai nama itu, 1,476 telah dipersetujui oleh pihak Myanmar untuk mereka menerima kembali (pelarian) dan ini akan berlaku pada hujung September,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan, seramai 1,476 daripada 5,000 pelarian warga Myanmar akan dihantar pulang ke negara asal pada 29 September ini menerusi fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela yang dilaksanakan kerajaan melalui KDN.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, berdasarkan perkara yang telah dipersetujui dengan pihak Myanmar, 1,476 pelarian berkenaan akan berada dalam keadaan selamat apabila dikembalikan ke negara asal mereka.

“Jadi, setakat ini, pihak Wisma Putra dan Menteri Luar khususnya memaklumkan bahawa tidak akan berlaku apa-apa ataupun apa yang telah dipersetujui dan dipersefahami dengan pihak Myanmar adalah 1,476 daripada 5,000 yang telah dipersetujui untuk dikembalikan, mereka akan selamat di Myanmar,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post 1,476 pelarian Myanmar tandatangan dokumen pulang secara sukarela appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved