10 Menu Tradisi Popular Pulau Pinang Termasuk Nasi Kandar Dicalonkan Sebagai Makanan Warisan Kebangsaan

LocalFood
7 Oct 2025 • 6:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik. Walaupun berbeza agama dan budaya, masyarakat di negara ini boleh hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Lebih menarik, perbezaan inilah yang menjadikan Malaysia sering menjadi perhatian pelancong luar negara dek kerana kepelbagaian budaya.

Bukan itu sahaja, kerana kepelbagaian inilah setiap negeri mempunyai identiti tersendiri khususnya dari segi adat dan makanan.

Bila sebut tentang makanan, pasti ramai sudah terbayang makanan signature setiap negeri di Malaysia khususnya di Pulau Pinang yang bergelar syurga makanan.

10 Menu Popular Pulau Pinang Akan Dicalonkan Sebagai Makanan Warisan Kebangsaan

Terbaharu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencalonkan 10 makanan tradisi popular mereka sebagai Makanan Warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, 10 makanan tersebut adalah:

  1. Nasi kandar
  2. Pasembur
  3. Mi udang
  4. Mi sotong
  5. Roti benggali
  6. Char kue kak
  7. Mi Hokkien
  8. Mi jawa
  9. Oh Chien (omelet tiram)
  10. Kerabu bihun

Mahu Pastikan Khazanah Tempatan Terus Terpelihara

Jelas Wing, usaha untuk mewartakan makanan warisan tersebut adalah bertujuan bagi memastikan kelestarian khazanah makanan tempatan terus terpelihara dan dikenali generasi pada masa hadapan.

“Langkah pewartaan ini penting bagi memastikan warisan gastronomi Pulau Pinang yang terkenal di mata dunia terus dilindungi, dipromosi dan dimartabatkan agar dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Pulau Pinang Turut Tersenarai Sebagai 10 Bandar Makanan Jalanan Terbaik Di Asia

Terang Wong lagi, Pulau Pinang yang menerima jolokan Pulau Mutiara itu sememangnya sinonim sebagai syurga makanan dan terus menjadi tumpuan pelancong baik dalam mahupun luar negara.

Malah baru-baru ini, negeri itu turut tersenarai sebagai antara 10 bandar makanan jalanan terbaik di Asia yang wajib cuba oleh platform global TimeOut.

image is not available

“Pengiktirafan ini mencerminkan keunikan budaya gastronomi Pulau Pinang yang bukan sahaja memikat selera pelancong, malah mengangkat imej negeri sebagai bandar gastronomi bertaraf dunia,” terangnya.

Semakan kami mendapati Pulau Pinang di tangga nombor satu antara 10 bandar tersebut.

Bukan itu sahaja, sebanyak 69 restoran dan gerai jalanan turut tersenarai dalam Panduan Michelin 2025 termasuk dua yang dianugerahkan Bintang Michelin.

Jelas Wong, pencapaian tersebut menjadi bukti bahawa Pulau Pinang layak digelar syurga makanan dan menjadi kebanggaan negara.

Perkukuh Promosi Makanan Menerusi Festival Makanan Antarabangsa

Pada masa yang sama, Wong turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memperkukuh promosi makanan warisan tempatan menerusi penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) @ Tanjong 2025.

Festival tersebut akan diperluas tempoh penganjurannya dari dua hari menjadi enam hari yang akan berlangsung pada minggu pertama November melibatkan lima lokasi utama di Georgetown.

Source: