10 tahun hadap kesesakan Jalan Pajam-Nilai

24 Oct 2026 • 9:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 tahun hadap kesesakan Jalan Pajam-Nilai

NILAI – Penduduk yang melalui Jalan Pajam-Nilai berharap projek menaik taraf Jalan Pajam-Nilai dapat dilaksanakan segera bagi mengurangkan ke­sesakan yang menghantui pengguna setiap hari.

Kata Mahadi Khalid, 49, naik taraf itu perlu dilaksanakan segera bagi mengurangkan ke­sesakan yang menghantui pengguna setiap hari.

Mahadi yang menetap di Taman Dahlia, Batang Benar sejak 1994 berkata, laluan itu menjadi jalan utama yang digunakannya setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Menurutnya, perjalanan dari Pajam yang sepatutnya lancar kini boleh mengambil masa antara 10 hingga 40 minit akibat kesesakan, terutama pada waktu pagi.

Katanya, keadaan semakin membebankan berikutan pertambahan penduduk dan kenderaan, sedangkan jalan sedia ada yang sempit tidak lagi mampu menampung trafik.

Seorang lagi penduduk, Kamaruzaman Ab Karim, 55, berkata, keadaan trafik di kawasan itu semakin teruk sejak beliau menetap di Nilai pada 1996.

Katanya, kesesakan bukan sahaja berlaku pada waktu puncak hari bekerja, malah boleh menjadi lebih buruk ketika cuti umum, terutama apabila berlaku kemalangan di lebuh raya sehingga menyebabkan kenderaan memasuki kawasan Nilai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, J Arul Kumar berkata, projek menaik taraf Jalan Pajam-Nilai daripada dua lorong kepada sekurang-kurangnya empat lorong dijangka dapat mengurangkan kesesakan yang berlarutan hampir 10 tahun.

“Projek naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak telah diumumkan secara rasmi dalam Belanjawan 2027 dan dijangka bermula selepas kelulusan serta proses pengambilan tanah selesai,” katanya.

The post 10 tahun hadap kesesakan Jalan Pajam-Nilai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved