112 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Kajang

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 112 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Kajang
Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi JIM Selangor di Kajang pada Rabu.
Image from: 112 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Kajang
Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi JIM Selangor di Kajang pada Rabu.

KAJANG - Seramai 112 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam operasi di beberapa premis di sini pada Rabu.

Operasi yang dijalankan menerusi Ops Belanja, Ops Minyak, Ops Mahir dan Ops Selera itu bermula jam 9 pagi dan melibatkan seramai 20 pegawai JIM Selangor.

Timbalan Pengarah Imigresen Selangor (Kawalan), Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 114 individu diperiksa sebelum 112 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 87 warga Bangladesh, Indonesia (13), Myanmar (lima) dan Pakistan (tujuh).

"Kesemua yang ditahan berusia antara 14 hingga 52 tahun membabitkan 98 lelaki dan 14 perempuan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3621115]**

Mohmad Khusairi berkata, siasatan awal mendapati mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

"Turut dikesan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas atau permit, selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua individu yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved