Perhimpunan RXZ Members: Polis Beri Amaran Jangan Langgar Undang-Undang Jalan Raya

LocalCars
29 Jul 2026 • 8:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Perhimpunan RXZ Members: Polis Beri Amaran Jangan Langgar Undang-Undang Jalan Raya

Perhimpunan RXZ Members: Polis Beri Amaran Jangan Langgar Undang-Undang Jalan Raya

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Polis memberi amaran kepada peserta perhimpunan RXZ Members bahawa mereka akan ditahan di rumah masing-masing sekiranya dikesan melakukan aksi berbahaya atau melanggar undang-undang jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata bagi penganjuran kali ini, polis menggunakan pendekatan advokasi secara berhemah melalui kerjasama dengan pihak penganjur untuk menyebarkan mesej keselamatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan itu tidak bermakna pihak polis berlembut dari segi penguatkuasaan terhadap mereka yang tegar melanggar peraturan.

"Kali ini kita ambil pendekatan berbeza, kita masuk secara advokasi dan menasihati peserta supaya tidak melampiaskan nafsu di atas jalan raya atau menunjukkan aksi yang membahayakan pengguna lain.

"Namun, pada masa yang sama kita tetap tegas. Setiap kesalahan atau aksi berbahaya akan dirakam oleh pasukan khas kami. Jangan terkejut jika pihak polis datang dan mengambil tindakan terus di rumah anda nanti," katanya pada sidang media JSPT di sini, hari ini.

Baca juga:

Muhammed Hasbullah berkata sekiranya program itu mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan kepada awam, pihak polis akan bertindak lebih tegas pada penganjuran akan datang.

"Kita beri amaran kepada pihak penganjur, sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, kita tidak teragak-agak untuk mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan agresif pada tahun hadapan," katanya.

Himpunan RXZ Members 8.0 dijadualkan berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos ini di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved