12 individu ditahan menyamar polis, samun YouTuber Taiwan

LocalEntertainment
12 Aug 2026 • 9:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 12 individu ditahan menyamar polis, samun YouTuber Taiwan

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai polis dalam kes samun seorang YouTuber warga Taiwan, di sebuah kediaman di Eko Cheras Residences, Cheras di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Jepun pada 1 Ogos lalu berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, mangsa merupakan seorang lelaki warga Taiwan yang bekerja sebagai YouTuber dan juga majikan kepada pengadu.

“Dalam kejadian itu, mangsa telah dipukul dan disamun suspek sehingga mengalami kecederaan serta kerugian dianggarkan RM35,000.

“Siasatan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada pengetahuan suspek bahawa mangsa mempunyai simpanan tunai dalam mata wang asing bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan laporan berkenaan, Fadil berkata, operasi khas dilancarkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bersama Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Katanya, operasi itu berjaya menahan kesemua 12 suspek di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Ogos lalu selepas keterangan mereka diambil. Lima lagi suspek masih ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan,” ujarnya.

Fadil menambah, polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan dan membawa individu berkenaan ke muka pengadilan. – KOSMO! ONLINE

The post 12 individu ditahan menyamar polis, samun YouTuber Taiwan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved