13 Kenderaan & 5 Kilang Musnah Dalam Kebakaran Di Masai

LocalEnvironment
22 Jun 2025 • 9:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kebakaran dilaporkan telah berlaku di kawasan industri kecil berhampiran Taman Megah Ria, Masai, Johor pada tengah hari semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian kebakaran tersebut telah menyebabkan lima buah premis kilang di kawasan perindustrian itu musnah dengan dua kilang hampir musnah sepenuhnya manakala tiga lagi kilang pula musnah keseluruhan.

Selain itu, lebih kurang 13 kenderaan juga dilaporkan hangus terbakar dalam kejadian tersebut.

image is not available

Difahamkan, tempat parkir lori, sebuah pusat cuci kenderaan dan tapak simpanan bahan kitar semula seperti bahan kimia untuk sabun dan minyak hitam antara kawasan yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Kesemua premis yang terlibat itu dipercayai disewa oleh lima pemilik yang berlainan.

image is not available

Walau bagaimanapun, kejadian kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa atau kemalangan jiwa kerana tiada pekerja yang berada di situ semasa kebakaran itu berlaku.

Setakat ini, kawasan simpanan minyak kitar semula dipercayai menjadi punca kejadian namun punca sebenar masih disiasat.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.