13 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, luahan Izzue Islam tentang Awin Nurin buat ramai tersentuh. 'ALLAH beri isteri tak pernah berhenti jadi cahaya'

Family & ParentingLifestyle
8 Jun 2026 • 9:56 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 13 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, luahan Izzue Islam tentang Awin Nurin buat ramai tersentuh. 'ALLAH beri isteri tak pernah berhenti jadi cahaya'

PELAKON dan pengacara, Izzue Islam sekali lagi menyentuh hati ramai apabila menitipkan penghargaan buat isterinya, Awin Nurin, selepas menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-36 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Izzue mengakui dirinya bukan sekadar terharu menerima kereta impian Nissan GT-R, malah lebih tersentuh apabila mengenangkan individu yang menghadiahkan kenderaan mewah tersebut.

Menurutnya, hadiah paling berharga dalam hidupnya bukanlah kereta berkenaan, sebaliknya kehadiran Awin yang setia menemani perjalanan hidup mereka sejak lebih sedekad lalu.

Image from: 13 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, luahan Izzue Islam tentang Awin Nurin buat ramai tersentuh. 'ALLAH beri isteri tak pernah berhenti jadi cahaya'

"Ramai tanya macam mana rasanya dapat GTR masa birthday? Jujurnya, aku lebih terharu bila teringat siapa yang hadiahkan.

"Orang nampak aku dapat GTR. Tapi apa yang orang tak nampak, aku sebenarnya dah dapat hadiah paling besar sejak 13 tahun lalu. Nama dia, Awin Nurin," tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut menghargai segala pengorbanan isterinya yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.

"Sebab kereta boleh dibeli. Tapi 13 tahun kesetiaan, 13 tahun bertahan, 13 tahun menyokong ketika aku jatuh dan bangun, itu bukan semua orang mampu bagi.

"Terima kasih cayang," katanya lagi.

Image from: 13 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, luahan Izzue Islam tentang Awin Nurin buat ramai tersentuh. 'ALLAH beri isteri tak pernah berhenti jadi cahaya'

Lebih menyentuh perasaan, Izzue turut menyifatkan isterinya sebagai cahaya yang sentiasa menerangi hidupnya meskipun mereka masih belum dikurniakan zuriat.

"Kita mungkin belum dikurniakan cahaya mata, tapi ALLAH bagi aku seorang isteri yang tak pernah berhenti jadi cahaya dalam hidup aku," luahnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang tersentuh melihat hubungan pasangan itu yang kekal utuh dan penuh kasih sayang selepas 13 tahun melayari alam rumah tangga.

Malah, ramai mendoakan agar Izzue dan Awin terus bahagia serta dipermudahkan urusan untuk menimang cahaya mata suatu hari nanti.

 

Demikian perkongsian pelakon dan hos Izzue Islam tatkala diminta mengulas mengenai isu rakan-rakan artis yang kini sedang ditimpa musibah.

#vvotd #izzueislam #selebriti #pelakon #hos #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian">