14 tahun lepas ‘Istanbul Aku Datang’, pertemuan Tomok & Lisa Surihani di Makkah bikin peminat teruja- 'Aturan Tuhan paling indah'

EntertainmentLifestyle
10 Jun 2026 • 9:16 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 14 tahun lepas ‘Istanbul Aku Datang’, pertemuan Tomok & Lisa Surihani di Makkah bikin peminat teruja- 'Aturan Tuhan paling indah'

SIAPA sangka, selepas 14 tahun mengembara mencari cinta di bumi Istanbul, takdir mempertemukan dua bintang kegemaran ramai ini di depan Kaabah pula.

Perkongsian penyanyi, Tomok baru-baru ini benar-benar menyentuh hati peminat apabila dia memuat naik sekeping foto bersama pelakon, Lisa Surihani di Tanah Suci Makkah.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka ketika masing-masing sedang menunaikan ibadah haji itu terus menggamit memori peminat setia filem romantik komedi fenomena, Istanbul Aku Datang.

Bagi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, momen terserempak dengan bekas gandingan serasinya itu dirasakan sangat luar biasa.

Manakala bagi Lisa, ini merupakan rezeki yang cukup indah memandangkan beliau memang terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH bagi musim haji tahun ini.

Image from: 14 tahun lepas ‘Istanbul Aku Datang’, pertemuan Tomok & Lisa Surihani di Makkah bikin peminat teruja- 'Aturan Tuhan paling indah'

Melihat wajah suci kedua-duanya berlatarbelakangkan baitullah, rata-rata netizen terus membanjiri ruangan komen dengan rasa syukur dan gembira.

Mengenang kembali nostalgia lama, persahabatan yang bermula dari set penggambaran belasan tahun lalu rupa-rupanya mekar dengan cara yang paling indah di tempat paling mulia di dunia.

Tomok sendiri tidak dapat menyembunyikan rasa hiba dan bersyukur dengan aturan tuhan yang menyatukan mereka kembali dalam suasana yang cukup berbeza.

Image from: 14 tahun lepas ‘Istanbul Aku Datang’, pertemuan Tomok & Lisa Surihani di Makkah bikin peminat teruja- 'Aturan Tuhan paling indah'

"Kami bekerjasama dalam Istanbul Aku Datang 14 tahun lepas yang lalu.

"Kali ini kami dipertemukan dalam satu perjalanan yang amat istimewa. Alhamdulillah," kongsi Tomok di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen menganggap pertemuan ini sebagai satu ubat rindu buat peminat watak Dian dan Azad yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.

Ruangan komen penyanyi itu bukan sahaja dipenuhi dengan ucapan doa agar ibadah haji mereka dipermudahkan.

Malah ada yang berseloroh mengatakan tajuk 'Makkah Aku Datang' adalah penutup paling indah bagi kisah persahabatan dua selebriti kesayangan ramai itu.

"Akhirnya Azad & Dian reda dan membawa haluan masing-masing.. very well ending for Azad & Dian."

"ya ALLAH sebak lihat ... Cerita Istanbul Aku Datang memang kegemaran saya , suami dan anak anakAlhamdulillah mabrur Haji @tomokofficial dan Hajah @lisasurihani."

"dulu Istanbul Aku Datang.. skrg Makkah Aku Datang.. alhamdulillah haji @tomokofficial dan hajah @lisasurihani."

"s a huge fan of Istanbul Aku datang.. This is very beautiful. InsyaAllah @beto_kusyairy next year.."