Ramai kagum nota persediaan haji Lisa Surihani -“Rezeki dia dapat siapkan diri dengan ilmu”

10 Jun 2026 • 2:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Datin Lisa Surihani sekali lagi meraih perhatian ramai apabila tular di media sosial sebuah buku catatan persiapan haji yang dipercayai ditulis sendiri olehnya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Catatan dipenuhi doa, zikir & persiapan ibadah haji

Perkongsian itu dibuat oleh seorang individu dikenali sebagai Dr Amirul Hassan di TikTok, dia telah memuat naik video nota persediaan rohani Lisa bagi menghadapi hari-hari penting sepanjang ibadah haji.

Menerusi video yang dikongsikan itu, buku catatan berkenaan telah dipenuhi dengan doa, zikir serta pelbagai persiapan berkaitan ibadah haji yang disusun dengan teliti.

“Amaze sangat dengan catatan Hajah Lisa Surihani sebagi persediaan rohaninya menghadapi hari-hari haji.
“Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal, masya-Allah.
“Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama,” kongsinya.

@dramirulhassan

Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia #inspiration

♬ оригинальный звук - Ihlas Salih

Rezeki Lisa dapat siapkan diri dengan ilmu

Perkongsian itu segera mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dengan usaha dan kesungguhan isteri kepada Yusry Abdul Halim itu dalam membuat persediaan sebelum menunaikan rukun Islam kelima.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan persediaan rohani yang dilakukan Lisa sebagai contoh yang baik dan wajar dicontohi oleh umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji atau umrah.

Malah, ada juga yang berpendapat kesungguhan pelakon berusia 39 tahun itu dalam menuntut ilmu dan membuat persiapan menjadi antara sebab beliau diberikan peluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Image from: Ramai kagum nota persediaan haji Lisa Surihani -“Rezeki dia dapat siapkan diri dengan ilmu”

Semoga Lisa mendapat haji mabrur

Image from: Ramai kagum nota persediaan haji Lisa Surihani -“Rezeki dia dapat siapkan diri dengan ilmu”

Tulisan cukup cantik

Image from: Ramai kagum nota persediaan haji Lisa Surihani -“Rezeki dia dapat siapkan diri dengan ilmu”

Awal Mei lalu, Lisa Surihani telah memaklumkan di media sosial miliknya bahawa dia akan berangkat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, suaminya Yusry Abdul Halim tidak pergi bersama-samanya disebabkan visa untuk mengerjakan haji tidak keluar.

Sumber: TikTok dramirulhassan