19 Jambatan Musnah, Talian Putus: Lebih 50 Rakyat Malaysia Masih Hilang di Nepal

WorldEnvironment
27 Aug 2026 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 27T104309.636

Lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal kini dilaporkan terputus hubungan dan gagal dihubungi ahli keluarga susulan musibah banjir kilat dan runtuhan glasier yang melanda daerah Rasuwa pada Rabu.

Tragedi yang turut memusnahkan infrastruktur utama itu menyaksikan angka korban melepasi 160 orang setakat malam Rabu, manakala ratusan lagi termasuk pelancong asing serta anggota keselamatan tempatan masih belum diketahui nasib mereka.

Artikel berkaitan: “Seram!” – China Dilanda Banjir Besar, 900 Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Cetus Panik

Artikel berkaitan: Rossa Agih Zakat RM122,000 Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Sumatera

Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman mengesahkan pihak kedutaan sedang giat mengumpul maklumat berhubung kesemua warganegara yang terjejas. Menurut beliau, gangguan talian komunikasi yang teruk serta kerosakan jalan raya menjadi cabaran utama untuk mendapatkan maklumat tepat secara mendadak.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli keluarga atau kenalan di Malaysia yang cuba mengesan saudara-mara mereka supaya menghantar butiran pasport dan maklumat perjalanan individu terbabit melalui e-mel rasmi kedutaan di mwkathmandu@kln.gov.my bagi tujuan penyelarasan ops menyelamat.

 

View on Threads

 

Dalam pada itu, pihak berkuasa Nepal telah mengerahkan helikopter bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) berikutan akses jalan darat ke daerah terjejas seperti Rasuwa, Nuwakot, dan Dhading terputus sepenuhnya. Laporan Kathmandu Post mengesahkan sekurang-kurangnya 19 jambatan dan lebuh raya sejauh 40 kilometer musnah dibadai arus deras.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendahului laporan awal dengan mengesahkan bahawa bencana berkenaan berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran puing berhampiran sempadan Nepal-China yang mengalir deras ke Sungai Bhote Koshi, dan bukannya gempa bumi seperti yang disangka pada peringkat awal.

Impak bencana turut melimpah ke wilayah Autonomi Xizang di China yang mencatatkan tiga kematian serta 265 orang hilang. Sementara itu, India, Bangladesh, dan Pakistan telah menzahirkan solidariti dengan menghantar bantuan logistik, bekalan perubatan, serta pesawat dan helikopter SAR bagi membantu kerajaan Nepal mendepani krisis ini.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved