
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini beg tangan jenama tempatan iaitu brïk telah mendapat perhatian ramai di sosial media apabila ramai yang sanggup beratur berjam-jam bagi mendapatkan beg berkenaan.
Bukan hanya itu, ada yang sanggup beratur bermula jam 7 pagi dan hanya berjaya mendapatkan beg tangan jenis Chroma selepas 17 jam menanti.
Menerusi video yang tular di platform sosial media ada juga yang menzahirkan rasa kecewa apabila tidak dapat masuk ke kedai disebabkan nombor giliran yang sudah habis dan menyebabkan mereka terpaksa datang keesokan harinya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Sanggup Beratur 17 Jam Demi Dapatkan 4 Beg brïk!
Lelaki terkejut jumpa beg brïk dekat bundle
Baru-baru ini, seorang lelaki turut menjadi perhatian di sosial media apabila secara tidak sengaja terjumpa beg jenama tempatan yang menjadi rebutan itu di bundle pasar pagi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Danisy di TikTok, dia merupakan seorang yang gemar membeli barangan pakaian terpakai di mana-mana bundle.
Oleh itu, Danisy telah berkunjung ke sebuah kawasan pasar pagi untuk mencari beg terpakai.
Kata Danisy pasar pagi yang dikunjungi itu merupakan lokasi kegemarannya untuk mencari beg second hand.
Sebaik sahaja sampai dia awalnya terlihat sebuah beg Adidas berwarna merah, dia lalu memeriksa sebelum bertindak mengambilnya untuk membeli.
Jumpa brïk warna stone dekat pasar pagi
Dia kemudian meneruskan lagi pencarian untuk mencari beg lain, namun secara tiba-tiba dia terlihat beg tangan jenama brïk berwarna stone (seperti warna creme) turut dijual di bundle pasar berkenaan.
Perkara itu membuatkan Danisy teruja dengan apa yang dijumpainya malah dia terus membuka beg tangan berkenaan untuk memeriksa ruangan di dalamnya.
“Guys brïk ada dekat bundle jadi korang tak payah berebut-rebut dah. Tengok sikit, brik guys. Original ke tak, tak tahulah tapi okaylah,” katanya.
Danisy turut menunjukkan kondisi di dalam beg tersebut selain label yang tertera jenama brïk pada bahagian dalamnya. Dia lalu bertanya kepada peniaga tersebut berapakah harga beg berkenaan.
Peniaga jual RM20 sahaja
Pakcik itu menjual beg terbabit pada harga RM20 sahaja. Sebaik mendengar harga itu, Danisy dengan pantas mengambil keputusan untuk membelinya.
Meskipun ia kelihatan sedikit kotor namun Danisy percaya ia boleh dicuci.
“Mula-mula aku tak perasan lepas tu bini aku cakap eh tu beg brïk, jadi aku pergilah tengok. Jadi ia betul brïk, tapi aku tak tahu dia ada copy (bukan original) atau pun original ke aku tak pasti.
“Tapi kondisinya memang bundle, sebab aku tanya pakcik tu dia cakap dapat dalam guni. Jadi ini kesan dimampat dalam guni tu. Bagi aku okay lah cantik, boleh buat pakai raya. Cuma original ke tak tu aku tak pasti lah.”
Jahitan kemas, namun tidak tahu original atau bukan
Danisy turut menyifatkan jahitan tersebut kelihatan kemas dan kualitinya nampak baik. Katanya lagi ini adalah pertama kali dia menjumpai barangan tempatan ketika ‘menyelam’ (mencari barangan terpakai).
Menerusi semakan kami, Danisy turut menjual semula barangan yang dibeli menerusi media sosial.
Kali pertama selam dapat local brand hahahaa , Korang jangan lupa follow rapat igshop youbuybye guys #thrift #thrifting #thrifted #bundle #fyp #youbuybye
Melihat di ruangan komen, video tersebut turut menarik perhatian ramai. Malah ada yang berkongsi mereka juga pernah menjumpai barangan tempatan di bundle seperti botol Montigo dan dijual dengan harga murah.
Tidak kurang juga ada yang pelik bagaimana beg jenama tempatan yang seding meningkat naik itu boleh dijual di bundle.
“Normal.. aku pernah jumpa botol Montigo dekat JBR Bundle, RM3 pula tu”

“Allahu baru unboxing beg brïk semalam, hari ni dah jumpa dekat bundle. Ini apa miskaa”

“Dekat luar orang bundle kan brïk ni harga beratus juga. Pakci tu jual harga celah gigi, murah rezeki pakcik”

“Kenapa kondisi macam lepas kena ragut”



![Baru Umur 6 Tahun, Aksi Kanak-Kanak Menari Tradisional Ikut Rentak Lagu Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
