“Welcome Back Mr General!” – Malique Buka Akaun IG, Peminat Harap Bakal Buat Comeback

Entertainment
27 Feb 2025 • 3:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Siapa yang tidak kenal dengan Malique atau nama sebenarnya Cairel Adrin Ibrahim? Bagi peminat genre hip hop, nama ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka.

Malah, bekas anggota kumpulan Too Phat ini sering menjadi perhatian dek kerana karyanya yang puitis dan amat memberi makna.

Lihat sahajalah lagu kolaborasi Malique bersama artis popular tempatan antaranya Dato’ M.Nasir dan Dayang Nurfaizah serta single terbaharunya Sedih Hati yang menampilkan suara Allahyarham Mona Fendey yang meninggalkan kesan mendalam kepada peminat muzik tanah air.

Malique Buka Akaun Instagram, Dah Ada Lebih 65,000 Pengikut

Terbaharu, Malique yang juga terkenal dengan gelaran The General mula menjadi bualan apabila membuka akaun Instagram miliknya dengan nama @maliqueibrahimqarma.

Lebih mengejutkan, akaun tersebut berjaya mempunyai 69.8 ribu pengikut walaupun baru dibuka dua hari.

Namun, penyanyi itu masih kekal misteri dan langsung tidak menunjukkan wajahnya di platform berkenaan.

Malah, setiap hantaran yang dibuat juga hanya sekadar gambar dan langsung tidak mempunyai kapsyen.

Kongsi Gambar Bersama Rakan Artis Lain

Apa yang turut menjadi perhatian adalah ada di antara hantaran yang di muat naik itu memaparkan beberapa rakan selebriti lain iaitu Zizan Razak dan Amir Jahari yang berada di studio penyanyi berkenaan iaitu, Qarma Studio.

Bahkan, Amir Jahari turut memuat naik satu foto memaparkannya dalam studio dipercayai di Qarma Studio.

Keadaan ini seolah-olah memberi bayangan bahawa sesuatu yang besar akan berlaku dalam dunia industri hiburan tanah air dalam masa terdekat.

Ramai Teruja, Mahu Mr General Buat Comeback

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial khususnya peminat setia Malique sendiri.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang rindukan kemunculan Malique dan mahu dia membuat comeback bagi mengubati kerinduan mereka.

Namun, bagi segelintir warga maya, meskipun tidak menunjukkan muka, ada yang teruja dengan kemunculan akaun media sosial rasmi penyanyi itu.

Untuk info, Malique mula mencipta nama ketika menganggotai kumpulan Too Phat bersama Joe Flizzow pada tahun 1998.

Namun, dia mula menyepi dari dunia hiburan sekitar tahun 2007 apabila kumpulan hip hop berkenaan dibubarkan.

Pun begitu, Malique masih kekal aktif menghasilkan karya dengan single terbaharunya Sedih Hati menampilkan Allahyarham Mona Fendy pada tahun 2023.

Malah, ketika Malique ‘menghilangkan’ diri dari dunia hiburan, dia pernah menjadi bualan apabila peminat merakam gambarnya ketika terjumpa penyanyi itu di sebuah lapangan terbang sekitar tahun 2019.

Ini antara komen pengguna Instagram:

“Weh! Rasa Macam Dalam Mimpi”

image is not available

“Malique Is Back!”

image is not available

“Kalau Malique Buat Konsert, Kena Buat Dekat Stadium”

image is not available

“Tengok Dari Belakang Pun Dah Rindu”

image is not available

“Welcome Back Malique”

image is not available

Source: