2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

26 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

image.png

Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti perlumbaan motosikal haram di  Lebuhraya Linkedua, Johor akhirnya berjaya dicekup pihak polis di Sentul, Kuala Lumpur.

Tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 1.30 pagi di kawasan parkir sebuah kondominium di Sentul. Sewaktu serbuan dijalankan, kesemua suspek cuba melarikan diri namun berjaya dikepung oleh pasukan serbuan.

Operasi Khas JSPT Bukit Aman Kes Video Tular

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali mengesahkan operasi berkenaan dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi JSPT.

image.png

Tindakan pantas ini diambil hasil maklumat dan pemantauan berterusan susulan video tular yang memaparkan aksi berbahaya penunggang motosikal di lebuh raya berkenaan pada 22 Ogos lalu.

Tindakan Undang-Undang Terhadap Joki dan Penonton

Hasil siasatan awal mendapati seorang daripada yang ditahan dipercayai bertindak sebagai penunggang motosikal perlumbaan atau 'joki'. Manakala dua lagi suspek merupakan penonton yang berada di lokasi kejadian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) dan Seksyen 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara berbahaya dan menyertai perlumbaan haram.

Terdahulu, pada 23 Ogos lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, lapan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 45 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu ditahan polis, pada jam 11.54 pagi, Ahad lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku dari Kilometer 33, Susur Tol Senai hingga Kilometer 31, Susur Johor Premium Outlet (JPO).

Rakaman turut memaparkan beberapa individu 'menutup' jalan di lebuh raya berkenaan bagi memberi laluan kepada perlumbaan.

Suspek turut membakar mercun bagi meraikan tamatnya perlumbaan selain beberapa individu termasuk pempengaruh berkenaan dilihat berada pada bahu jalan selepas perlumbaan itu berakhir.

Sumber Berita Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved