Tutup lebuh raya demi lumba haram: Tiga lagi ditahan di Kuala Lumpur

26 Aug 2026 • 11:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tutup lebuh raya demi lumba haram: Tiga lagi ditahan di Kuala Lumpur
Laporan Sinar Harina pada 23 Ogos berhubung kes tindakan berapa individu dipercayai menutup laluan di Lebuhraya Linkedua bagi memberi ruang kepada penunggang motosikal berlumba sesama sendiri.

KULAI – Tiga lagi lelaki ditahan di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung video tular lumba haram serta menutup lebuh raya Linkedua di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Kulai pada pagi Rabu bagi proses permohonan reman untuk membantu siasatan.

Polis kesan semua individu terlibat lumba haram, sekat lebuh raya

"Kita telah membuat tangkapan susulan terhadap tiga lelaki di Kuala Lumpur disyaki terbabit dalam kes video tular membabitkan kegiatan lumba haram yang berlaku pada 22 Ogos lalu," katanya menerusi dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada 23 Ogos lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, lapan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 45 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu ditahan polis jam 11.54 pagi pada Ahad lalu.

Pada Jumaat, semua suspek termasuk seorang pempengaruh permotoran direman selama empat hari oleh Mahkamah Kulai bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas mereka.

Video tular berdurasi 33 saat itu memaparkan aksi dua penunggang motosikal sedang berlumba haram di lebuh raya berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku dari Kilometer 33, Susur Tol Senai hingga Kilometer 31, Susur Johor Premium Outlet (JPO).

Video memaparkan beberapa individu 'menutup' jalan di lebuh raya berkenaan bagi memberi laluan kepada perlumbaan menimbulkan kemarahan kepada orang ramai di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved