200,000 Pekerja Bangladesh Bakal Masuk Malaysia? Ini Penjelasan Fahmi Fadzil

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

fahmi fadzil 200000 pekerja bangladesh

Tular mengenai dakwaan bahawa kerajaan Malaysia dijangka mengambil 200,000 pekerja dari Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang.

Kenyataan itu menerusi laporan portal berita negara berkenaan, The Daily Star yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kenyataan terbabit tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan negara itu.

Beliau yang sudah menghubungi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan mengenai perkara itu menjelaskan, kenyataan terbabit dibuat oleh seorang menteri muda (junior minister) dan tidak sepatutnya dianggap sebagai pengumuman rasmi kerajaan Bangladesh.

“Ia dikeluarkan oleh seorang, saya difahamkan seorang junior minister (menteri muda), jadi bukan mewakili keputusan rasmi pihak kerajaan Bangladesh,” katanya.

Artikel berkaitan: “Oppa! Oppa!” – [VIDEO] Power Betul Bhaiya Ni Nasihat Pasal K-Pop

Semalam, Mir Shahe Alam mendakwa Malaysia merancang mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, pengambilan akan dibuat secara berperingkat bermula hujung bulan ini melalui pelbagai agensi di negara itu.

Jun lalu, Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, melawat Malaysia dan menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertimbangkan pembukaan semula pasaran buruh kepada pekerja Bangladesh.

Malaysia sebelum ini mengehadkan pengambilan pekerja Bangladesh pada 2024 susulan isu eksploitasi termasuk jeratan hutang, buruh paksa serta pekerja yang tiba tanpa pekerjaan seperti dijanjikan.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved