200 juta kanak-kanak ASEAN berdepan ancaman keganasan

LocalFamily & Parenting
4 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 200 juta kanak-kanak ASEAN berdepan ancaman keganasan

PUTRAJAYA – Lebih 200 juta kanak-kanak berusia bawah 18 tahun di rantau ASEAN memerlukan perlindungan menyeluruh daripada pelbagai bentuk keganasan fizikal serta dalam talian.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah itu mewakili kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan penduduk negara anggota ASEAN dan berdasarkan statistik UNICEF, rantau Asia Pasifik pula mempunyai populasi kanak-kanak terbesar di dunia dengan 1.12 bilion orang.

Katanya, setiap kanak-kanak berhak menikmati hak sama dari aspek perlindungan, perkembangan, kelangsungan hidup dan penyertaan bermakna dengan setiap dasar serta keputusan berkaitan mereka perlu berasaskan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak.

“Tema Lindungi Kanak-Kanak ASEAN: Tolak Keganasan bukan sekadar slogan, tetapi seruan tindakan bersama bagi memastikan setiap kanak-kanak membesar dalam persekitaran selamat, inklusif dan memperkasa. Mereka perlu dilindungi, didengari serta diberi ruang untuk terlibat secara bermakna supaya dapat mencapai potensi sepenuhnya,” katanya ketika merasmikan Forum Kanak-Kanak ASEAN (ACF) Ke-9 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post 200 juta kanak-kanak ASEAN berdepan ancaman keganasan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved