Peningkatan 121% hasil kepada RM56 juta bagi FY26 bantu Bintai Kinden bebas daripada status PN17

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Peningkatan 121% hasil kepada RM56 juta bagi FY26 bantu Bintai Kinden bebas daripada status PN17 Image from: Peningkatan 121% hasil kepada RM56 juta bagi FY26 bantu Bintai Kinden bebas daripada status PN17 amree04/08/2026 - 17:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Peningkatan hasil kira-kira 120.6% kepada RM55.80 juta menjadi pemangkin utama membolehkan Bintai Kinden Corporation Berhad bebas daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

 

Kejayaan keluar daripada klasifikasi sebagai syarikat bermasalah pada 27 Februari 2026 itu sekali gus menjadi pencapaian terbaik kumpulan bagi menutup tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (FY26).

 

Langkah itu ujarnya, susulan penyelesaian pelan kawal semula korporat kumpulan serta pencapaian dua suku tahun berturut-turut yang menguntungkan bagi tempoh berakhir September dan Disember 2025.

 

"Dalam laporan tahunan 2026, Bintai Kinden melaporkan keuntungan bersih RM2.75 juta, satu pusingan balik signifikan berbanding kerugian bersih RM31.73 juta yang dicatatkan pada FY25," katanya. 

 

Pemulihan ini jelasnya, didorong oleh faktor pelaksanaan operasi lebih mantap, penyampaian projek bertambah baik, pengurusan kos berdisiplin, serta ketiadaan perbelanjaan sekali bayar yang besar.

 

Segmen kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) kekal sebagai penyumbang utama pendapatan kumpulan dengan sumbangan sebanyak RM41.60 juta atau 74.56% daripada jumlah keseluruhan hasil.

 

Bintai Kinden_DagangNews2026

 

Manakala segmen perjanjian konsesi tambah Bintai Kinden, yang melibatkan kontrak penyediaan asrama pelajar pula dilihat berjaya menyumbang kira-kira RM14.19 juta kepada pendapatan syarikat tersebut.

 

"Kejayaan keluar daripada PN17 membolehkan kumpulan menetapkan semula hala tuju strategik dengan lebih jelas dan optimis," kata Pengerusinya, Datuk Ng Choon Koon menerusi kenyataan berkenaan.

 

Beliau menyifatkan pencapaian tahun kewangan tersebut sebagai titik pusingan penting selepas kumpulan itu perlu melalui tempoh transformasi dan pemulihan yang intensif sejak Mac 2023.

 

Setakat 31 Mac 2026 jelas beliau, buku tempahan Bintai Kinden sudah berjumlah kira-kira RM162.52 juta, terdiri daripada RM22.08 juta bagi segmen M&E dan RM140.44 juta bagi segmen pembinaan.

 

Kumpulan juga kini giat memperkukuh kedudukannya dalam sektor tenaga dan infrastruktur melalui penyertaan dalam 14 tender Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bernilai keseluruhan RM1.78 bilion.

 

"Pada 2 April 2026, syarikat berjaya memperoleh kontrak TNB pertamanya selepas pemulihan status vendor bernilai RM44.65 juta bagi projek pencawang di Bukit Tengah, Pulau Pinang," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved