“2019-2026, Hanya Persinggahan Sementara..” – Perkongsian Terbaharu Isa Khan Cetus Tanda Tanya Peminat

EntertainmentLifestyle
9 Mar 2026 • 3:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian terbaharu pelakon Isa Khan di Instagram mencuri perhatian ramai apabila kapsyen yang dimuat naik dilihat seolah-olah memberi bayangan mengenai perpisahan dengan isterinya, pelakon Nur Risteena.

Menerusi hantaran tersebut, Isa berkongsi sekeping gambar bersama kapsyen yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Advertisement
View this post on Instagram

Rata-rata pengikutnya mula tertanya-tanya sama ada wujud masalah dalam rumah tangga pasangan tersebut selepas kapsyen berkenaan dilihat seakan memberi gambaran tentang perpisahan.

Bukan tentang siapa yang kita kenal paling lama, yang datang pertama atau yang paling ada. Tapi, tentang siapa yang datang dan tidak akan pergi. Senyuman terukir atas dasar bahagia di sangka kekal selamanya, tapi ternyata hanya tempat persinggahan sementara.

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Isa Khan mahupun Nur Risteena bagi menjelaskan maksud sebenar perkongsian tersebut.

Susulan itu, ruangan komen di hantaran berkenaan turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang cuba meneka situasi sebenar di sebalik kapsyen yang dimuat naik pelakon tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-09 13:47:02

"Walaupun Dari Luar Penuh Tatu, Tapi Hati I Tetap Baik InsyaAllah" - Miller Khan

The post “2019-2026, Hanya Persinggahan Sementara..” – Perkongsian Terbaharu Isa Khan Cetus Tanda Tanya Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.