Polis rekod keterangan 21 individu berhubung kes kematian pelajar di Kuala Pilah 

26 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis rekod keterangan 21 individu berhubung kes kematian pelajar di Kuala Pilah 

SEREMBAN: Polis telah merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar lelaki di Kuala Pilah, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh.

“Punca kematian belum dapat ditentukan pada masa ini, dan masih menunggu keputusan ujian lanjutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Alzafny berkata seorang pelajar tingkatan empat direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai satu kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Kuala Pilah.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, dan disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 8 malam semalam di sebuah asrama sekolah menengah di daerah Kuala Pilah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved