[VIDEO] Banjir KL, Ampang: Tiga mangsa terkandas dalam kereta

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 11:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Banjir KL, Ampang: Tiga mangsa terkandas dalam kereta

PETALING JAYA – Tiga mangsa diselamatkan selepas terkandas dalam kenderaan ekoran banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dan Ampang pada petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, kes pertama berlaku berhampiran Tuscany Home Furnitures, Jalan Mengkudu, Ampang melibatkan sebuah kereta terkandas di dalam banjir sedalam kira-kira tiga kaki.

“Seorang mangsa berada di dalam kenderaan dan dilaporkan dalam keadaan selamat. Operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dengan kekuatan enam anggota.

“Kes kedua berlaku berhampiran Kondo Desa Angkasa, Taman U-Thant, Kuala Lumpur melibatkan sebuah kereta BMW yang terkandas di dalam banjir sedalam kira-kira dua kaki.

“Dua mangsa berada di dalam kenderaan dan dilaporkan dalam keadaan selamat. Operasi melibatkan BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan lima anggota,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam masa sama, pihak bomba Selangor menghulurkan bantuan susulan kejadian rumah dinaiki air di alamat 9, Jalan Kolam Air Lama C, Ukay Perdana Height, Ampang.

“Penghuni memaklumkan terdapat kemungkinan renjatan elektrik pada genangan air banjir di kawasan berkenaan. Operasi melibatkan BBP Keramat dengan kekuatan enam anggota,” katanya.

Seterusnya kejadian di Menara Safuan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur melibatkan sebuah kawasan parkir kereta yang dinaiki air.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa. Operasi melibatkan BBP Titiwangsa dengan kekuatan lima anggota,” menurut PGO Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Banjir KL, Ampang: Tiga mangsa terkandas dalam kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved