Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
24 Oct 2026 • 10:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat
Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi Sabtu. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Seremban, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 169.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan enam kawasan lain dengan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (163), Pasir Gudang dan Tangkak (162), Kluang (159), Pengerang (157) serta Segamat (155).

Di Negeri Sembilan, selain Seremban, Nilai merekodkan bacaan IPU 167 dan Port Dickson (152), manakala di Melaka, bacaan tidak sihat direkodkan di Bandaraya Melaka (164), Bukit Rambai (162) dan Alor Gajah (157).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU 162 dan Cheras (152), manakala Putrajaya merekodkan 151, sementara di Selangor, Petaling Jaya (124) dan Klang (113).

Di Sarawak, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatatkan IPU 154, diikuti Sri Aman (152) dan Kapit (151).

Sementara itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved