25 tahun tunggu geran tanah dari JTU: Dua pemohon asal sudah meninggal dunia sepanjang tempoh itu

30 May 2025 • 2:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sidney Skinner

DUA puluh lima tahun selepas kerajaan memperoleh sebahagian tanah persendirian di Kuala Penyu yang kini menempatkan sebahagian taman awam, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) akhirnya akan mengeluarkan geran tanah yang telah disemak semula.

Pemilik asal tanah terbabit meninggal dunia 16 tahun kemudian. Dia pernah cuba mendapatkan kembali geran itu kerana berniat untuk mewariskan baki tanah itu kepada anak lelakinya, tetapi gagal.

Anak lelakinya kemudian meneruskan usaha ibunya, namun dia juga gagal mendapatkan semula dokumen itu sebelum meninggal dunia pada 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');}); Isteri kepada lelaki berkenaan cuba mendapatkan kembali geran terbabit, sejak Mac tahun lalu, supaya pemilikan hartanah itu boleh dipindahkan kepada dua anak mereka.

Dia menulis kepada Hotline bagi meluahkan kekecewaan yang dialami oleh dirinya, suami dan ibu mentuanya dalam usaha mendapatkan kembali dokumen tanah terbabit. Salinan surat itu turut dikemukakan kepada JTU.

Jurucakap JTU kesal atas kesulitan yang dihadapi penduduk Kuala Penyu itu, menyifatkan kes terbabit sebagai “kes yang terlepas pandang”.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagaimana kecuaian itu boleh berlaku di pihak kakitangan jabatan.

“Tindakan telah diambil untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya. “Penduduk berkenaan diminta menghubungi pejabat Pemungut Hasil Tanah Daerah bagi mendapatkan geran tanah itu.”

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi akibat kelewatan yang berpanjangan ini.”

VICKY dari Kuala Penyu berkata ibu mentuanya menerima surat tawaran daripada JTU pada 1999 untuk menjual sebahagian tanah pesara itu.

“Bahagian hadapan tanah yang menghadap laut akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri bagi projek pembangunan Pantai Sawang,” katanya.

“Geran tanah sedia ada perlu diserahkan sebagai sebahagian daripada proses untuk ditukar dengan geran baharu.”

Katanya, geran tanah itu diserahkan kepada jabatan berkenaan pada September 2000 dan ia telahpun disahkan diterima oleh cawangan JTU di Kuala Penyu serta ibu pejabatnya di Kota Kinabalu.

Pada Mei 2004, suami Vicky membuat pertanyaan di ibu pejabat JTU mengenai status geran baharu itu.

“Dia dimaklumkan bahawa pihak pentadbiran masih menunggu fail berkaitan dikembalikan daripada Penilai Tanah Kanan yang menerimanya pada Oktober 2002.

“Selepas itu, suami saya berkali-kali membuat susulan dengan cawangan jabatan itu di KK dan daerah. Setiap kali, kakitangan hanya mampu menasihatinya supaya bersabar.”

Empat belas tahun kemudian, ibu mentuanya membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan semula geran terbabit.

“Dia u sangat berharap agar pemilikan tanah itu dapat dipindahkan kepada anaknya. Pada Februari 2016, pejabat JTU di KK dan Kuala Penyu masing-masing mengeluarkan surat yang menyokong permohonan ibu mentua saya.”

Namun wanita warga emas itu meninggal dunia tiga bulan selepas itu, tanpa sempat melihat hasratnya mengenai tanah terbabit tercapai.

Vicky berkata suaminya pergi sendiri ke cawangan JTU Kuala Penyu pada Disember tahun sama.

“Ketika itu dia dimaklumkan bahawa geran itu masih dalam proses. Apabila dia kembali semula pada September 2021, staf di pejabat daerah memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pejabat JTU di KK.”

Katanya, pejabat Kuala Penyu kemudian menulis surat kepada ibu pejabat bagi mempercepatkan proses dokumen berkenaan.

“Namun suami saya tidak sempat memegang geran baharu itu sendiri sebelum dia meninggal dunia pada November 2023.”

Memandangkan situasi menyedihkan itu, tanggungjawab untuk meneruskan usaha mendapatkan dokumen itu kini terletak kepada Vicky.

Dia menghantar surat berdaftar kepada pentadbiran tertinggi JTU pada Oktober tahun lalu dan turut mengisi Borang Pertanyaan di ibu pejabat jabatan itu pada Disember.

“Kakitangan yang menerima borang berkenaan memaklumkan bahawa tindakan akan diambil dalam tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan masalah saya.”

Bagaimanapun, empat bulan kemudian, apabila tiada sebarang maklum balas diterima dari pejabat JTU KK, dia pergi semula ke premis terbabit.

“Kali ini saya dimaklumkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab (PIC) bagi kawasan Kuala Penyu tiada di pejabat. Lebih mengecewakan, tiada siapa dalam bahagian itu yang dapat membantu saya.”

Disebabkan itu, dia terpaksa sekali lagi mengisi Borang Pertanyaan baharu.

Pada Mei, Vicky menghubungi pejabat JTU untuk bercakap dengan pegawai PIC daerahnya, namun sekali lagi diberitahu pegawai tersebut tiada.

“Kakitangan yang melayan saya mengambil maklumat diri saya dan berjanji akan menyampaikan maklumat itu kepada pegawai berkenaan.

“Keesokan harinya saya menghantar laporan yang lebih terperinci melalui emel kepada JTU, dengan harapan permohonan saya akan diberi keutamaan.”

“Namun saya tidak menerima sebarang panggilan mahupun jawapan balas melalui emel.”

Sebelas hari kemudian, dia menelefon ibu pejabat JTU sekali lagi untuk mencari pegawai PIC Kuala Penyu.

“Kali ini saya dimaklumkan bahawa pegawai itu sedang menghabiskan cuti sebelum bersara daripada jabatan.”

Perkembangan itu menjadi kemuncak kekecewaan Vicky dalam usaha panjang dan sukar mendapatkan kembali geran tanah milik arwah ibu mentuanya.

“Sudah lapan tahun sejak ibu mentua saya mula bertanyakan tentang geran tanah baharu ini. Sukar untuk saya menerima bahawa dokumen itu masih belum siap.

“JTU sudah diberi lebih daripada masa yang mencukupi untuk menunaikan pelbagai janji yang dibuat kepada saya dan keluarga.”