3 Exco BN dijangka kekal dalam pentadbiran baharu

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 8:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 3 Exco BN dijangka kekal dalam pentadbiran baharu

SEREMBAN – Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada Barisan Nasional (BN) ketika pentadbiran kerajaan terdahulu dijangka kekal dalam pentadbiran kerajaan baharu di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang memegang jawatan Exco Kanan dan Adun Linggi, Datuk Mohd. Faizal Ramli serta Adun Palong, Datuk Mustapha Nagoor.

Selain Exco Kanan, Jalaluddin sebelum ini memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi dan Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

Manakala Mohd. Faizal portfolio Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital dan Mustapha Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, sekiranya Jalaluddin menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan Exco kali ini, jawatan berkenaan tetap disandang oleh Adun dari BN.

BN dijangka mendapat lapan jawatan Exco mengambil kira kedudukan gabungan itu yang menang 18 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, Sabtu lalu.

Manakala dua lagi jawatan berkenaan bakal diserahkan kepada ADUN Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerjasama bersama BN.

Semalam, Ismail ketika ditemui menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menambah bilangan Exco sebaliknya kekal dengan 10 kerana ia dianggap paling sesuai dalam menguruskan pentadbiran.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan BN terutama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

The post 3 Exco BN dijangka kekal dalam pentadbiran baharu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved