30 panggilan ular masuk rumah dalam sehari

LocalEnvironment
30 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 30 panggilan ular masuk rumah dalam sehari

KUANTAN – Cuaca panas ketika ini bukan hanya menjejaskan aktiviti orang ramai, malah turut mencetuskan kehadiran pelbagai jenis ular apabila reptilia itu dikesan mula menyelinap masuk ke rumah-rumah penduduk di negeri ini.

Lebih membimbangkan, sebanyak 767 kes atau bersamaan purata 30 kes sehari kes ular memasuki rumah penduduk direkodkan dalam tempoh 25 hari melibatkan penugasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Antara ular yang dikesan ialah ular tedung selar, ular tedung hitam, ular sawa, ular terbang, ular jenis sampah, ular rusuk kerbau, ular kucing taring anjing, ular daun, ular cincin, ular pucuk dan ular lidi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, dari 1 hingga 25 Ogos lalu, APM sahaja menerima kira-kira 682 aduan ular di seluruh negeri dan berjaya menangkap 477 reptilia berkenaan.

“Daripada jumlah itu, ular sawa merekodkan jumlah tertinggi berjaya ditangkap iaitu sebanyak 318 ekor diikuti ular tedung hitam (81 ekor) dan ular tedung selar sebanyak 20 ekor,” katanya di sini semalam.

Katanya, cuaca yang panas dan kering yang menyebabkan habitat ular terganggu menyebabkan reptilia berkenaan mencari habitat baharu berhampiran kawasan rumah dan memasuki rumah penduduk.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, bermula 1 hingga 24 Ogos lalu, pihaknya menerima 85 panggilan kecemasan mengenai ular memasuki kawasan rumah penduduk dan premis termasuk sekolah di negeri ini.

The post 30 panggilan ular masuk rumah dalam sehari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved