
PETALING JAYA – Sebanyak 34 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8.46 pagi ini, dengan Klang dan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 192.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Larkin, Johor merekodkan IPU ketiga tertinggi iaitu 188, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 185.
Seremban, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 182, manakala Batu Pahat dan Pasir Gudang di Johor masing-masing 181.
Di Selangor, Shah Alam merekodkan IPU 180, diikuti Banting (170), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161).
Sementara itu, Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan 178, Alor Gajah (177) manakala Putrajaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan masing-masing berada pada bacaan 176.
Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Tangkak, Johor (176); Cheras, Kuala Lumpur (172); Pengerang, Johor (171); Tanjung Malim, Perak (167); Seri Manjung, Perak (166); Kluang, Johor (164); Batu Muda, Kuala Lumpur dan Kota Tinggi, Johor masing-masing (162) serta Segamat, Johor (161).
Di Pahang, Temerloh mencatatkan IPU 156, Jerantut dan Indera Mahkota Kuantan masing-masing 152, manakala Rompin 151.
Samarahan, Sarawak merekodkan IPU 153, Seberang Perai, Pulau Pinang (144), IPD Serian, Sarawak (120), Kemaman, Terengganu (105) dan Pegoh, Perak (102).
Sementara itu, sebanyak 34 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.-KOSMO! ONLINE
The post 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Klang dan Johan Setia tertinggi 192 appeared first on Kosmo Online.






