36 individu dirakam keterangan berkait kehilangan Jaslinda

12 Jun 2026 • 1:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 36 individu dirakam keterangan berkait kehilangan Jaslinda
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin

IPOH - Seramai 36 individu telah dirakam keterangan berkaitan kes kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu, 28 individu memberi keterangan di bawah siasatan kes orang hilang manakala lapan lagi berhubung kes fitnah melibatkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

"Mereka yang dipanggil memberi keterangan termasuklah peserta pendakian, suami Jaslinda serta kalangan Tok Batin.

"Keterangan Jaslinda juga telah diambil bagi membantu siasatan keseluruhan kes ini," katanya ketika sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini pada Jumaat.

Mohd Alwi berkata, individu dipercayai terlibat memuat naik kandungan di TikTok yang bersifat memfitnah serta mengaibkanTok Batin tersebut telahpun direman selama empat hari bermula Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

“Setakat ini keterangan suspek belum diambil, kita masih dalam siasatan," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, seorang pengguna TikTok yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin telah ditahan polis.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh sekitar jam 1 tengah hari pada Khamis.

Kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Pada 6 Jun lalu, Jaslinda, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei, ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.

Kehadiran itu disedari dua penduduk Orang Asli, Nazri Bah Eng, 55, dan Bah Roslan Bah Sulpok, 51, yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved