
SEREMBAN: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 setakat pukul 12 tengah hari ini mencatatkan 37.29 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, seramai 320,627 daripada keseluruhan 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh merekodkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 43.5 peratus, diikuti Chennah (43.4 peratus) dan Senaling (42.8 peratus).
Sementara itu, DUN Lukut merekodkan peratus keluar mengundi terendah iaitu 32.1 peratus, diikuti Lobak (32.4 peratus) dan Mambau (32.7 peratus).
Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-15 pada 2023, peratus keluar mengundi setakat waktu sama ialah 35.44 peratus dengan 297,024 daripada 838,200 pengundi telah keluar mengundi. – UTUSAN
The post 37.29 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari appeared first on Utusan Malaysia.






