4,264 perwakilan penentu DAP kekal atau keluar kerajaan

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 6:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 4,264 perwakilan penentu DAP kekal atau keluar kerajaan

KUALA LUMPUR: Seramai 4,264 perwakilan DAP bakal menentukan hala tuju parti itu dalam kerajaan Persekutuan pada persidangan tahunan parti itu, 16 Ogos ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong berkata, persidangan berkenaan akan membincangkan mengenai pelbagai isu di peringkat Persekutuan selain ia merupakan ulang tahun ke-60 parti.

Beliau berkata, kesemua perwakilan yang terdiri daripada 1,704 cawangan layak untuk menghadiri dan mengundi me­ngenai hala tuju parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Seramai 4,264 perwakilan tersebut adalah berdasarkan k­epada senarai layak pada 2025, kenapa kita tidak gunakan yang tahun ini adalah kerana semua AGM cawangan DAP baru selesai pada pertengahan Jun lalu.

“Jadi senarai nama yang terbaharu tidak dapat disediakan. Maka kita gunakan qualify list pada tahun 2025. Semua perwa­kilan ini adalah dipilih oleh setiap cawangan, mereka akan mewakili cawangan tersebut sebagai perwakilan di persidangan,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Poay Tiong berkata, usul sama ada DAP akan kekal di dalam kerajaan atau tidak itu akan dibawa oleh Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook.

“Kami akan menyerahkan kepada semua perwakilan yang hadir untuk membuat keputusan sama ada akan kekal dalam Kerajaan Persekutuan ataupun akan keluar.

“Kami tidak akan menggunakan cara pengundian melalui suara ataupun angkat tangan tetapi setiap perwakilan akan diberikan kertas undi untuk mereka membuat keputusan dan pengundian mereka adalah secara rahsia,” katanya.

Mengulas mengenai proses pengundian dan pengumuman, Ahli Parlimen Kota Melaka itu berkata, DAP menjangkakan pro­ses pengundian akan berjalan selama dua jam selepas perbahasan.

“Kami akan pastikan semua perwakilan yang hadir akan diberi peluang dan diberikan kertas undi untuk mereka buat keputusan kami jangka, dua jam.

“Seandainya terlalu ramai tidak boleh habis atau ada apa-apa keadaan, kami akan memudahkan proses untuk memastikan semua perwakilan yang hadir akan dapat kertas undi untuk membuat keputusan,” katanya.-UTUSAN.

The post 4,264 perwakilan penentu DAP kekal atau keluar kerajaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved