Pimpinan DAP yakin perwakilan buat keputusan demi kepentingan negara – Kor Ming

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pimpinan DAP yakin perwakilan buat keputusan demi kepentingan negara – Kor Ming

KUALA LUMPUR – Lebih 4,000 perwakilan DAP yang bakal membuat pilihan pada 16 Ogos ini diyakini akan mengundi dengan mengambil kira kepentingan serta kestabilan negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berkata, kebijaksanaan perwakilan parti itu penting dalam menentukan pilihan terbaik.

Menurutnya, DAP telah melalui perjalanan politik selama enam dekad dan keputusan dibuat perlu selaras dengan kepentingan negara.

“Pada 16 Ogos ini, DAP mempunyai lebih 4,000 perwakilan dan saya yakin sebagai sebuah parti yang cintakan negara serta telah berjuang selama 60 tahun, mereka akan membuat pertimbangan sewajarnya.

“Saya yakin kebijaksanaan lebih 4,000 perwakilan tersebut akan mengundi mengikut kepentingan negara, menjaga kestabilan negara dan membuat pemilihan paling bijaksana,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Dasar Perumahan Negara 2026-2035 di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur, hari ini.

Kor Ming bagaimanapun tidak memperincikan calon atau kecenderungan tertentu yang perlu dipilih perwakilan, sebaliknya beliau menegaskan keyakinannya bahawa pertimbangan dibuat anggota parti akan mengambil kira kepentingan negara secara keseluruhan.

“Saya percaya mereka akan membuat pemilihan yang paling bijaksana selaras dengan kestabilan negara. Itu kepercayaan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pimpinan DAP yakin perwakilan buat keputusan demi kepentingan negara – Kor Ming appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved