4 Lelaki Termasuk Warga Singapura Ditahan Kerana Merusuh Guna Senjata & Halang Polis Jalankan Tugas

19 Aug 2026 • 9:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

4 Lelaki Termasuk Warga Singapura Ditahan Kerana Merusuh Guna Senjata & Halang Polis Jalankan Tugas

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular insiden perselisihan faham dan pergaduhan yang berlaku di antara seorang pemandu dipercayai warga Singapura dengan seorang anggota polis trafik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Pemandu Kereta Singapura Bergaduh Dengan Polis Malaysia Berhampiran Woodlands Checkpoint

Polis sahkan 4 lelaki termasuk warga Singapura ditahan kerana halang tugas polis trafik & merusuh guna senjata

Terbaharu polis mengesahkan seramai empat orang lelaki termasuk seorang warga Singapura telah ditahan.

Mereka ditahan ekoran merusuh menggunakan senjata di tepi jalan berdekatan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) selain turut melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis trafik.

Insiden yang berlaku pada 16 Ogos lalu itu, menjadi tular di media sosial selepas rakaman menunjukkan seorang lelaki menghalang polis trafik melakukan tugasnya menjadi bualan netizen.

Punca pergaduhan kerana perselisihan faham di jalan raya babitkan 3 lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Singapura

Jelas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei laporan berhubung insiden itu diterima polis pada jam 12.37 tengah malam pada 16 Ogos.

“Laporan dibuat seorang pegawai polis di pusat kawalan selepas menerima maklumat orang awam.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan berlaku disebabkan perselisihan faham di jalan raya membabitkan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing dengan menggunakan senjata.

“Ketika proses menenangkan seorang suspek iaitu lelaki warga asing oleh dua anggota polis trafik BSI, suspek berkenaan membuat provokasi terhadap anggota polis terbabit,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Kata beliau lagi, bertindak atas maklumat pada 16 Ogos pihak polis bersama anggota polis trafik BSI kemudiannya telah berjaya menahan kesemua suspek pada jam 12.15 tengah malam hingga 1.45 pagi.

Mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 46 tahun.

Polis rampas dua barang kes, 2 dari suspek ada 16 rekod jenayah

Selain menahan empat suspek, polis turut merampas barangan kes:

  • Satu topi keledar
  • Sebilah pisau

“Semakan rekod lampau ke atas kesemua suspek mendapati dua daripada empat suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah. Manakala ujian saringan awal air kencing ke atas tiga suspek mendapati keputusan negatif dadah.”

Permohonan reman ke atas ke empat-empat suspek telah dipohon di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 17 Ogos dan dibenarkan selama tiga hari bermula Isnin sehingga 19 Ogos (Rabu) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Kes disiasat mengikut dua seksyen

Kes kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Azrul Hisham dalam masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden terbabit untuk menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” jelasnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved