Empat termasuk warga Singapura ditahan provokasi polis, merusuh guna senjata

18 Aug 2026 • 7:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat termasuk warga Singapura ditahan provokasi polis, merusuh guna senjata
Seorang lelaki melakukan provokasi dengan menghalang tugas polis trafik di Bangunan Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Empat lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan berhubung kejadian menghalang polis trafik menjalankan tugas di tepi jalan sebelum masuk ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, mereka yang berusia 25 hingga 46 tahun itu ditahan antara jam 12.15 malam hingga 1.45 pagi, hari yang sama selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, video yang memaparkan pergaduhan seorang lelaki menghalang tugas penjawat awam itu tular di media sosial.

“Hasil siasatan awal, punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di jalan raya melibatkan tiga lelaki tempatan dan satu lelaki warga asing menggunakan senjata.

“Suspek warga asing membuat provokasi terhadap anggota polis trafik BSI ketika cuba menenangkan lelaki berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Mengulas lanjut, Azrul Hisham berkata, polis turut merampas topi keledar dan sebilah pisau.

"Semakan rekod lampau mendapati dua suspek memiliki 16 rekod jenayah dan dadah.

“Mereka direman tiga hari bermula Isnin hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved