4 maut LPT1 : Pemandu treler makin stabil, akan dipindah ke HTAA

5 Sep 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 maut LPT1 : Pemandu treler makin stabil, akan dipindah ke HTAA

TEMERLOH – Pemandu treler yang merempuh 10 buah kenderaan dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) Selasa lalu akan dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki yang mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh itu akan dipindahkan ke HTAA dalam masa terdekat.

“Lelaki berkenaan kini beransur stabil tetapi belum dapat menguruskan diri sendiri. Dia yang berasal dari Kuantan akan dipindahkan ke HTAA untuk rawatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Rabu lalu Kosmo! melaporkan perjalanan pulang tiga beranak selepas menyambut Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya berakhir dengan tragedi duka apabila ketiga-tiga mereka maut selepas dirempuh treler simen di Kilometer 110.3 LPT1 di di sini.

Lebih memilukan, itu merupakan kali pertama Allahyarham Muhammad Nazatul Nazmi bersama isteri, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan masing-masing berusia 32 tahun dan anak mereka Muhammad Armaan Nazeef,4, menyambut Hari Kemerdekaan di luar negeri Pahang.

Turut terkorban dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan itu ialah penumpang sebuah kenderaan jenis Honda CRV iaitu Seow Beng Wain,55, manakala pemandu Honda CRV dan pemandu treler mengalami cedera parah.

Menurut Mohd Nasyim pada masa ini pihak polis masih belum mengambil keterangan daripada pemandu treler berkenaan yang masih menerima rawatan rapi.

Katanya, keterangan akan diambil selepas keadaan lelaki berusia 52 tahun berkenaan stabil dan semakin pulih.

Sementara itu katanya, pemandu kenderaan jenis Honda CRV yang mengalami cedera parah masih dirawat di Hoshas dan pihak polis akan terus memantau tahap kesihatan mangsa.-KOSMO! ONLINE

The post 4 maut LPT1 : Pemandu treler makin stabil, akan dipindah ke HTAA appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved