
SEREMBAN – Seramai 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) di tujuh lokasi sekitar Seremban dan sebuah penempatan rumah kongsi di Nilai, awal pagi semalam.
Operasi bermula pukul 9 malam semalam hingga 3 awal pagi tadi menyaksikan seramai 178 warga asing diperiksa sebelum 41 individu berusia antara 18 hingga 58 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Pengarah JIMNS, Mohd Razip Yasin berkata, jumlah yang ditahan membabitkan 33 lelaki dan lapan perempuan melibatkan warga Indonesia, Myanmar, China, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, India dan Filipina.
“Operasi dilaksanakan berdasarkan aduan serta maklumat orang awam selain hasil risikan selama seminggu,” katanya.
Menurutnya, antara kesalahan dikenal pasti termasuk tidak mempunyai pas dan dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa serta kesalahan lain mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE
The post 41 PATI pelbagai warganegara ditahan di Seremban appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] Cahaya misteri biru ‘mendarat’ di Kuala Nerus](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/cctv-cahaya-biru-1024x584.jpeg)