429 ikhtiar tangani kos sara hidup

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

429 ikhtiar tangani kos sara hidup

MELAKA: Sebanyak 429 ikhtiar sara hidup menerusi 35 strategi bakal digerakkan kerajaan melalui Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30).

Langkah berkenaan adalah bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan menyeluruh yang membabitkan pelbagai kementerian, agensi dan rakan strategik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata NCLAP30 adalah kerangka tindakan nasional bagi tempoh lima tahun yang menyelaras usaha pengurusan kos sara hidup secara bersepadu selaras dengan keperluan rakyat dan perubahan sosioekonomi semasa.

 “NCLAP30 yang dilancarkan Perdana Menteri pada Program Sentuhan Kasih MADANI ini menggariskan pendekatan whole-of-nation yang menuntut kerjasama dan penglibatan semua pihak bagi memastikan usaha menangani kos sara hidup dapat dilaksanakan secara berkesan.

 “Pelan ini mempunyai lapan kluster strategik, iaitu pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum,” katanya di sidang media sempena Program Sentuhan Kasih Madani yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Hang Jebat baru-baru ini.

Mengulas lanjut Armizan berkata strategi yang digariskan merangkumi penerusan serta penambahbaikan inisiatif sedia ada selain pengenalan program baharu yang dilaksanakan merentasi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dengan kerjasama rakan strategik.

Katanya NCLAP30 berteraskan misi serampang dua mata iaitu meningkatkan pendapatan sara hidup rakyat serta menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan asas.

“Visi pelan ini adalah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat sekali gus memastikan pelaksanaan dasar, program dan inisiatif berkaitan kos sara hidup lebih terselaras,” katanya.

Menurutnya NCLAP30 dibangunkan sejajar dengan hala tuju dasar utama negara, termasuk Kerangka Ekonomi Madani selain menjadi antara strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Jelasnya bagi memastikan pelaksanaannya mencapai hasil optimum, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bilangan 2/2026 pada 29 September lalu memutuskan supaya peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diperkasakan.

“Langkah ini merangkumi tanggungjawab memantau dan meneliti pelaksanaan semua program serta inisiatif berkaitan ikhtiar sara hidup yang dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi.

 “NCLAP30 juga akan berfungsi sebagai dokumen dinamik yang sentiasa ditambah baik menerusi pengukuhan strategi dan pengenalan program baharu dari semasa ke semasa.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan pelan berkenaan kekal relevan dan responsif terhadap keperluan rakyat serta cabaran domestik dan global yang mempengaruhi kos sara hidup,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved