5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

25 Jun 2026 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR  - Lima remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes jenayah seksual berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah perkampungan pedalaman di Keningau, Sabah, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai mengesahkan tangkapan tersebut susulan laporan dibuat ibu bapa mangsa pada hari kejadian, selepas menyedari kehilangan anak mereka.

"Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku telah merogol mangsa, manakala tiga suspek lain mengaku melakukan gangguan seksual fizikal secara paksa. 

“Manakala suspek kelima juga turut mengaku terlibat melakukan salah laku seksual terhadap mangsa," katanya.

Yampil berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga murid sekolah rendah terdahulu menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga sebelum pergi ke rumah ibu saudaranya untuk berehat bersama seorang rakan.

Bagaimanapun, kumpulan suspek bertindak mengekori mereka dan memaksa rakan mangsa pulang semula ke majlis perkahwinan tersebut, meninggalkan mangsa bersendirian di rumah berkenaan.

“Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah bilik kosong di tingkat bawah ketika pemilik rumah tiada di kediaman.

“Lokasi kejadian yang terletak di kawasan ladang pertanian dan sunyi memudahkan suspek melakukan jenayah tersebut,” katanya. 

Difahamlan, pada hari kejadian, Ibu bapa mangsa yang mencari anak mereka sekitar jam 6 petang, bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat orang awam, dan sempat melihat kesemua suspek melarikan diri dari rumah berkenaan sebelum laporan polis dibuat.

Identiti kesemua suspek masih dirahsiakan bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang berjalan. 

Polis turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi liar berhubung kes ini. - Getaran, 25 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved