51 serangan serentak gegarkan Thailand

24 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: 51 serangan serentak gegarkan Thailand
Gambar: Public Health M'sia

SELATAN THAILAND — Cuti sekolah hampir tiba. Ramai rakyat Malaysia mungkin sudah merancang untuk masuk ke Selatan Thailand, terutama untuk makan, shopping dan short getaway.

Tetapi perkembangan malam 22 Ogos 2026 ini wajar diberi perhatian.

Sebanyak 51 insiden keselamatan dilaporkan berlaku hampir serentak di Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh kira-kira dua jam.

Antara premis yang menjadi sasaran ialah 7-Eleven, kedai yang cukup familiar dan sering menjadi persinggahan rakyat Malaysia ketika bercuti di Thailand.

Gambar selepas kejadian menunjukkan sebuah cawangan 7-Eleven rosak dan terbakar selepas serangan.

Susulan kejadian tersebut, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengeluarkan pemakluman keselamatan kepada rakyat Malaysia.

Menurut Konsulat, rakyat Malaysia yang menetap, sedang melakukan perjalanan atau berhasrat untuk keluar masuk ke wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya:

• Mengamalkan sikap lebih berwaspada

• Kekal peka terhadap perkembangan semasa

• Mematuhi sepenuhnya nasihat keselamatan pihak berkuasa tempatan

• Mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan

• Mendaftar dan mengemas kini maklumat perjalanan melalui portal e-Konsular

Setakat 23 Ogos 2026, tiada laporan mengenai warganegara Malaysia yang terjejas dalam insiden tersebut.

.

Cuti sekolah hampir tiba.

Kalau Selatan Thailand sudah ada dalam itinerary, ambil tahu perkembangan semasa sebelum bergerak.

Public Health Malaysia


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved