55 rakyat Malaysia belum dapat dikesan

27 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 55 rakyat Malaysia belum dapat dikesan

PETALING JAYA: Seramai 55 rakyat Malaysia di Nepal masih belum dapat dihubungi ekoran rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik akibat banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa.

Wisma Putra berkata, pihak berkuasa tempatan memaklumkan banjir tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk kepada infrastruktur, termasuk jalan raya, jambatan, lebuh raya dan rangkaian komunikasi.

Justeru itu, pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia.

“Pada masa yang sama, kementerian telah mengambil langkah segera untuk menempatkan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.

“Kementerian juga mengaktifkan Bilik Operasi di Putrajaya berkuat kuasa mulai 12.00 tengah hari ini bagi menyelaras maklumat serta menyediakan saluran komunikasi langsung untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta hospital-hospital utama di Kathmandu bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan warganegara Malaysia yang terlibat

Dalam pada itu, Wisma Putra merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Nepal, khususnya kepada keluarga mangsa yang terkorban, serta menzahirkan simpati kepada semua yang terjejas akibat bencana ini.

Media antarabangsa melaporkan banjir berlaku akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal.

Warga asing lain yang terputus hubungan termasuk 142 warga India, dengan 37 daripadanya menetap di luar negara, serta ramai warga Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS).-UTUSAN

The post 55 rakyat Malaysia belum dapat dikesan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved