6 lelaki didakwa rogol remaja bawah umur

8 Sep 2026 • 4:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 6 lelaki didakwa rogol remaja bawah umur

KANGAR – Enam lelaki termasuk lima remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Julai lalu.

Salah seorang tertuduh, Muhammad Nabil Naufal Rosli, 18, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Simpang Empat, dekat sini kira-kira pukul 2 pagi, 18 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa atau saksi-saksi pendakwaan selain menetapkan 9 Oktober depan bagi serahan dokumen berkaitan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, lima remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan berasingan melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa sama di sebuah rumah di Simpang Empat pada 18 dan 19 Julai lalu.

Bagi pertuduhan pertama, dua remaja mengaku salah atas kesalahan yang didakwa dilakukan antara kira-kira pukul 3 hingga 4 pagi pada 18 Julai.

Seorang daripada tertuduh berusia 15 tahun turut berdepan satu lagi pertuduhan bersama tiga remaja lain atas kesalahan yang didakwa dilakukan antara kira-kira pukul 2 hingga 5 pagi pada 19 Julai di lokasi sama.

Mahkamah membenarkan empat tertuduh diikat jamin RM500 bagi setiap pertuduhan, manakala remaja berusia 15 tahun yang berdepan dua pertuduhan dikenakan jumlah jaminan RM1,000.

Mahkamah menetapkan 7 Oktober depan bagi mendapatkan laporan akhlak, fakta kes serta perintah selanjutnya terhadap kelima-lima tertuduh. – KOSMO! ONLINE

The post 6 lelaki didakwa rogol remaja bawah umur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved